Peralatan pembersihan amat penting bagi sesebuah hotel. Antara peralatan yang sering digunakan waktu membersihkan bilik hotel dan kawasan hotel adalah seperti berikut:-
1. Penyapu
-Alat untuk membersihkan kotoran yang senang ditanggalkan seperti sampah, habuk, rambut gugur, kertas, plastik makanan dan lain-lain.
2. Mop
-Alat untuk mengelap lantai seperti minuman/makanan yang tertumpah, lantai yang kotor, mengeringkan lantai yang basah dan lain-lain.
3. Dust bin
-Alat yang digunakan untuk mengumpul habuk dan sampah selepas disapu.
4. Chemical
-Bahan pemberihan untuk kegunaan dalam bilik dan Public Area.
5. Berus tandas
- Alat untuk membersihkan mangkuk tandas seperti menghilangkan kotoran dan menghilangkan lumut.
6. Wet floor
-Alat yang digunakan untuk memberi tanda peringatan bahawa tempat itu sedang dijalankan untuk pembersihan lantai dan sedang memop.
7. Kain lap
-Kain lap yang digunakan untuk mengelap dan mengeringkan seperti cermin, perabot, pintu kaca,meja kaca dan lain-lain
8. Penyapu keras
-Alat untuk membersihkan kotoran yang susah ditanggalkan seperti lumut, najis-najis kering dan lain-lain.
0 comments:
Post a Comment