Monday 22 May 2017

Penghargaan




Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Trainer Housekeeping iaitu Miss Siti Hanifah Binti Tanalol dan Miss Norezmah Binti Abdul Azid kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini semasa saya berada di EISTEDDFOD INSTITUTE dan memberi pulang kepada saya untuk membuat laporan tugasan akhir.

Tidak lupa juga kepada Executive Housekeeping iaitu Puan Fatimah Binti Madjad dan Coach Housekeeping iaitu Cik Norlita Binti Latif kerana sudi mengajar dan membantu saya selama saya menjadi pratical dan staff-staff housekeeping juga turut membantu saya mengajar tentang ilmu-ilmu pengetahuan tentang housekeeping seperti membersihkan bilik yang berstatus check out dan membersihkan public area.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta dorogan dan semangat untuk menyiapkan laporan tugasan akhir. Jutaan terima kasih juga diucapkan  kepada kawan-kawan seperjuangan saya kerana banyak membantu saya dan memberi pendapat kepada saya untuk menyiapkan laporan tugasan akhir.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyiapkan laporan tugasan akhir. Kesudiaan anda amat saya hargai.

0 comments:

Post a Comment