Friday 5 May 2017

6.1 : Komen Dan Cadangan

Komen


Setelah menjalani Latihan Eisteddfod Institute selama 16 bulan, terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang menjalani Operasi Pengemasan. Seperti biasa setiap perkara yang berlaku ada buruk dan baiknya semasa menjalani latihan.

Latihan Eisteddfod Institute amat baik untuk para pelajar kerana ianya lebih banyak memberi manfaat berbanding keburukannya. Dengan adanya latihan ini, saya dapat belajar cara berkomunikasi, meningkatkan keyakinan dalam diri dan serta menjadikan saya lebih matang.

Selain itu, pengetahuan dan pengalaman selama praktikal juga menjadi panduan kepada pelajar apabila menghadapi alam pekerjaan sebenar, malahan dapat juga diaplikasikan dalam pembelajaran di kelas.


Cadangan

1. pihak Housekeeping seharusnya menggantikan peralatan lama seperti Vacuum, Soil Linen dan Trolly

2. Staff-staff housekeeping seharusnya memberikan tunjuk ajar dan kerjasama yang baik ketika bekerja
.
3. Menetapkan masa yang sesuai untuk pertanyaan dan perbincangan kepada pelajar dan juga staff.

4. Peraturan keselamatan juga perlu diadakan atau diperketatkan untuk mencegah sebarang kemalangan apabila membuat sesuatu perkerjaan.

5. Sentiasa datang tepat pada masa yang telah ditetapkan dalam Roster dan tidak membuang masa kerja dengan melakukan perkara yang tidak berkaitan dengan kerja yang diberi.

0 comments:

Post a Comment