Wednesday 31 May 2017

6.3 : Lampiran

Lampiran Jabatang Housekeeping:-


1. Worksheet Room Attendant

2. In House List


3. Worksheet Public Area

2.1 : Pengenalan Kepada Jabatan Housekeeping

Jabatan Housekeeping adalah jabatan yang paling sibuk di hotel dan mempunyai pelbagai tugasan untuk dilaksanakan. Selain itu, jabatan Housekeeping juga sentiasa menjaga kebersihan hotel agar kelihatan bersih dan menyenangkan apabila ada pengunjung yang ingin menginap di hotel.

Tugas Housekeeping bukan saja didalam bilik, tetapi diluar kawasan bilik seperti membersihkan keseluruhan kawasan hotel kerana housekeeping bertanggungjawab menjaminkan kebersihan hotel.

Jabatan Housekeeping haruslah dipimpin kerana hal-hal kebersihan dan kekemasan perlulah dititik beratkan. oleh kerana itu jabatan Housekeeping telah melantik Executive Housekeeper iaitu Puan Fatimah Binti Madjad dan ikuti oleh Supervisor iaitu Cik Norlita Binti Latif yang memilik tanggungjawab yang besar untuk dilaksanakan.

Selain itu, housekeeping juga menyediakan bilik untuk menyimpan barang peralatan, linen dan bilik executive seperti:-

1. Executive Housekeeper

2. Supervisor Housekeeper

3. Chemical dan Barang Peralatan

4. Linen Room

5. Linen F/B

6. Ruang rehat Housekepeeing

3.5 : Prosedur Pembersihan Bilik Air

Cara-cara prosedur pembersihan bilik air ialah:-


1. Hidupkan lampu bilik air dan Flush mangkuk tandas. Buka tingkap tandas ketika mencuci untuk menghilangkan bau yang ada dalam bilik air.

2. Pastikan Room Attendant menggunakan Hand Gloves, Mask Safety Shield, Slip-Resistant Shoes dan Sleeve Protectors untuk mengelakan berlakunya kemalangan ketika menjalankan pembersihan.

3. Membersihkan mangkuk tandas menggunakan bahan pencuci pembasmi kuman(bowl side). berus sekitar kawasan mangkuk tandas luar dan dalam.

4. Bilas mangkuk tandas menggunakan air untuk membersihkan sabun yang ada didalam mangkuk tandas.

5. Bersihkan kawasan dinding dan tempat sabun.

6. Bersihkan kawasan Vanity Counter-Wash Basin dan sinki.

7. Periksa semua peralatan atau kelengkapan yang dipasang Chrome dan pastikan tiada kesan air.

8. Periksa keperluan bilik air seperti tuala mandi,tisu tandas, sabun mandi, syampu, Bath Mat dan keperluan lain yang sesuai.

9. Sebelum meninggalkan bilik air, periksa keadaan bilik dan pastikan ianya didalam keadaan baik dan bersih.

10. Selain dari itu periksa lampu dan pastikan tiada kerosakan.

11. Tutup lampu dan sembur pewangi sebelum menutup pintu bilik air.

Tuesday 23 May 2017

6.2 : Rujukan

Buku 
1. Mohammad Asrul Bin Abd.Aziz ( laporan akhir bekas student EI )
2. Miss Siti Hanifah Binti Tanalol ( Nota Cocu 1, Cocu 3, dan Cocu 5)


Orang Sumber
1. Miss  Siti Hanifah Binti Tanalol
2. Miss Norezmah Binti Abdul Azid
3. Puan Fatimah Binti Madjad
4. Encik Mustapah Bin Mutalip


Internet
1.https://www.google.com.my/search?q=winger+bucket&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwiSya-IiNjTAhUEXrwKHXH0B5cQ_AUICigB&biw=1366&bih=638#imgrc=3JwdCCTt62oPEM:


3.https://www.google.com.my/search?biw=1366&bih=589&tbm=isch&sa=1&q=trolley+housekeeping&oq=trolley+hou&gs_l=img.1.2.0i19k1l3j0i30i19k1j0i5i30i19k1l2j0i8i30i19k1l3j0i8i10i30i19k1.20533.28589.0.31036.4.4.0.0.0.0.171.564.0j4.4.0....0...1c.1.64.img..0.4.563...0i10i19k1.OixFK8XXeAE#imgrc=VLeqyYTsJHVf5M:



7.https://www.google.com.my/search?tbm=isch&sa=1&q=assalamualaikum+warahmatullahi+wabarakatuh+in+arabic+text&oq=assalamualaikum++in+arabic&gs_l=img.1.1.0j0i7i30k1l4j0i30k1l5.23412.23412.0.25607.1.1.0.0.0.0.138.138.0j1.1.0....0...1.1.64.img..0.1.137.ITgw3NZLSkE#imgrc=NAuzWfk_uu7FgM:

Monday 22 May 2017

Penghargaan




Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Trainer Housekeeping iaitu Miss Siti Hanifah Binti Tanalol dan Miss Norezmah Binti Abdul Azid kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini semasa saya berada di EISTEDDFOD INSTITUTE dan memberi pulang kepada saya untuk membuat laporan tugasan akhir.

Tidak lupa juga kepada Executive Housekeeping iaitu Puan Fatimah Binti Madjad dan Coach Housekeeping iaitu Cik Norlita Binti Latif kerana sudi mengajar dan membantu saya selama saya menjadi pratical dan staff-staff housekeeping juga turut membantu saya mengajar tentang ilmu-ilmu pengetahuan tentang housekeeping seperti membersihkan bilik yang berstatus check out dan membersihkan public area.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta dorogan dan semangat untuk menyiapkan laporan tugasan akhir. Jutaan terima kasih juga diucapkan  kepada kawan-kawan seperjuangan saya kerana banyak membantu saya dan memberi pendapat kepada saya untuk menyiapkan laporan tugasan akhir.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyiapkan laporan tugasan akhir. Kesudiaan anda amat saya hargai.

3.4 : Prosedur Pembersihan Bilik/ Bed Making

Cara-cara pembersihan bilik semasa Check Out ialah:-

1. Sebelum memulakan pembersihan bilik Room Attendant haruslah mengetuk pintu bilik sebanyak 3 kali dan berkata "Housekeeping" serta membuka pintu secara perlahan.

2. Menghidupkan kesemua suis lampu.

3. Selakkan langsir supaya keadaan bilik menjadi cerah.

4. Membuat sedikit catatan mengenai kerosakan yang ada dalam bilik ataupun barang lost and found.

5. Kumpul semua sampah yang ada didalam bilik tetamu.

6. Kumpul dulang pinggan mangkuk dan gelas daripada perkhidmatan room service yang mungkin bertaburang disekitar bilik. Dan letakkan diluar bilik supaya memudakan kakitangan room service mengambilnya.

7. Mengelap habuk menggunakan kain yang lembap, bersihkan segala kawasan dan perabot yang terdapat dalam bilik tetamu.

8. Mengilap cermin dengan menggunakan glass cleaner dan kain yang bersih.

9. Membersihkan mini fridge menggunakan kain yang lembap untuk menghilangkan kekotoran yang terdapat di mini fridge.

10. Menyapu habuk dan sampah yang terdapat pada lantai dan mengemop.


Cara-cara prosedur Bed Making ialah:-

    
1. Tarik katil ke hadapan untuk menyenangkan Attendant yang bertugas.

2. Bedsheet pertama dibentangkan dalam keadaan betul diatas katil.

3. Masukkan Bedsheet pertama dibawah kepala katil dan lipatkan menjadi ‘Envelope’ dibuat pada sudut katil dan masukkan.

4. Kemudian, Bedsheet kedua dibentangkan diatas Bedsheet pertama dalam keadaan sama, tetapi tidak perlu dilipat.

5. Blanket dibentangkan dalam kedudukan 2 jengkal daripada kepada katil.

6. Bedsheet ketiga dibentangkan separas dengan Blanket tadi.

7. Bedsheet kedua dan Bedsheet ketiga dilipat bersama-sama dengan dua kali lipatan.

8. Ketatkan lipatan dari kiri kekanan dan masukkan kedalam bawah katil.

9. Kesemua sudut dikemaskan kedalam bahagian bawah katil.
Akhir sekali, lipatan ‘Envelope’ dibuat pada sudut kiri kekanan katil dan masukkan.

4.1 : kawasan Ruang Awam

Perlaksaan pembersihan dan penyelenggaraan di kawasan awam amat penting untuk memastikan kawasan awam berada dalam keadaan bersih dan baik. Jabatan pengemasan bertanggungjawab untuk membersihkan seluruh kawasan awam termasuk perabot dan kelengkapan yang sedia ada. Antara kawasan ruang awam yang perlu dibersihkan:-


1. Koridor
-Merupakan tempat yang sentiasa dilalui oleh guest dan kerap kali tempat ini menjadi kotor dan hendaklah dibersihkan setiap hari.

2. Lobby
-Lobby merupakan pintu utama sesebuah hotel. Antara kemudahan yang boleh didapati di kawasan ini adalah seperti :-
A) Back office of the front office
B) Bilik bagasi
C) Bilik deposit keselamatan
D) Telekomunikasi

3.Tandas awam
-Tandas awam merupakan kemudahan guest dan hendaklah dibersihkan setiap masa. Selain itu tandas awam juga haruslah dibekalkan dengan kemudahan seperti sabun dan tisu tandas.

4. Office
-Office merupakan back-of-the-house yang memerlukan public area membersihkan agar kawasan tersebut sentiasa bersih dan bebas daripada sampah dan habuk.

5. Surau
-Surau adalah tempat menunaikan solat bagi orang islam dan hendaklah sentiasa dibersihkan dan selesa.

6. Borneo Restaurant
-Restaurant adalah tempat kawasan di mana tetamu makan dan hendakalah dibersihkan setiap hari seperti 2 kali sehari.

7. Ballroom
-Ballroom merupakan dewan yang digunakan untuk majlis perkahwinan, mesyuarat, seminar, bengkal dan sebagainya.